Sunday, November 15, 2009

DOA MINTA DIKASIHI RAKAN- RAKAN

اللَّهُمَّ حَبِبْ عَبْدَكَ هَذَا إِلَى عِبَادِكَ الْمُؤْمِنِيْنَ وَحَبِبْ إِلَيَّ الْمُؤْمِنِيْنَ

maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah hambaMu ini dicintai pada hati orang- orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang- orang yang beriman.”

Tuesday, June 23, 2009

Jiwa Da’i Otak Faqih

Semasa hayat Hasan al-Banna, beliau pernah berhadapan dengan suatu peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan. Ahli Jemaah di sebuah masjid bertelagah soal rakaat Solat Tarawih, sama ada patut dibuat lapan atau dua puluh rakaat. Suasana begitu tegang sehingga timbul bahasa-bahasa yang keras. Akhirnya, apabila Hasan al-Banna muncul, beliau ditanya oleh mereka yang bertelagah itu, mana satukah pendapat yang betul dalam hal ini?

Kata Hasan al-Banna, “Apakah hukum solat tarawih dan apakah pula hukum menjaga kesatuan umat Islam?”

Mereka menjawab, “solat tarawih itu sunat, manakala menjaga kesatuan umat Islam adalah wajib”.

Lantas Hasan al-Banna menjawab, “Apakah kamu mahu mengorbankan kesatuan umat Islam yang wajib itu hanya kerana soal solat terawih yang sunat? Bagi yang mahu menunaikan lapan, tunaikan lapan, bagi yang mahukan 20, bebas juga berbuat demikian”.

Inilah yang saya maksudkan sebagai Jiwa Da’i Otak Faqih.

Bagi kita yang berperanan sebagai Da’i, perlu sentiasa ingat bahawa tugas kita adalah untuk mengumpulkan manusia seramai mungkin di bawah panji Islam. Untuk itu kita perlu mengamalkan suatu akhlak yang diajar oleh Nabi s.a.w. untuk para Da’i.

Ketika seorang Arab badwi masuk ke masjid dan kencing ke dinding masjid, Baginda SAW menegah sahabat daripada bertindak ke atas Badwi itu. Dia datang dengan kesilapan adab, tetapi dengan niat mahu mempelajari Islam. Utamakan niat tersebut, dan teladan Nabawi ini saya simpulkan ia di bawah suatu sikap positif berbunyi, “Seek First to Understand, Then to be Understood“.

Kita perlu belajar untuk memahami mad’u yang diseru dan bukannya siang malam pagi petang berleter marahkan orang ramai yang tidak faham-faham akan mesej Islam yang kita cuba bawa.

Dalam isu Hasan al-Banna di atas, jiwanya sebagai seorang Da’i tidak melihat perbalahan soal afdhaliyyah Solat Terawih sebagai soal hukum atau masalah nas. Masalah yang berlaku di masjid berkenaan adalah masalah SIKAP dan CARA BERFIKIR.

Perbezaan pandangan tentang keutamaan di antara 8 atau 20 rakaat solat Sunat Tarawih itu sudah lama, seusia dengan umur umat ini. Namun ia tidak pernah menjadi racun yang membunuh kesatuan umat, sehinggalah persoalan hukum dikelabukan oleh permasalah yang lebih besar.

Masalah sikap.

Masalah akhlaq.

Hal seperti itu bukanlah masalah yang boleh diselesaikan dengan melambakkan sebanyak mungkin nas al-Quran dan Hadith kerana dengan cara berfikir yang salah, tiada siapa yang mampu menghargai nas al-Quran dan Hadith.

Inilah yang banyak berlaku di dalam masyarakat kita dan saya tidak menyalahkan orang ramai seandainya mereka bosan dengan pendekatan para agamawan yang asyik menyelesaikan masalah dengan pendekatan ‘hukumnya ialah…”

DA’I HARUS LEBIH TINGGI UPAYA MEMAHAMI

Seorang Da’i yang berjiwa Da’i akan belajar untuk memahami mad’u yang diseru, sebelum dia boleh meletakkan harapan agar mad’unya memahami dakwah yang dia bawa.

Mari kita semua bermenung di KLCC Suria or One Utama Shopping Complex selama 30 minit dan ukurlah berapa jarak manusia di situ dengan mimbar-mimbar masjid dan ‘usrah’ kita. Pernahkah kita menilai sudah berapa jauhkah masyarakat kita berubah dan sudah berapa jauhkan kita mengubah pendekatan dakwah kita untuk mengejar perubahan masyarakat?

Saya selalu terkenang dialog saya ketika bertemu dengan seorang anak gadis kita yang telah 10 tahun membesar di England. Semenjak usianya 10 tahun dan kini telah mencecah 20 tahun, beliau dibesarkan di Boarding School, jauh dari alam Melayu malah Islam barangkali. Dialog saya bersamanya bermula dengan soalan yang sangat tidak dijangka. Dia mengajukan soalan kepada saya, “do you believe in wearing scarf for Muslim girl? I don’t believe in wearing scarf. If God doesn’t want us to show our hair, then He will create us bald. I don’t want to wear scarf.”

Soalannya amat provokatif. Dia juga bertanya soal kenapa mesti solat, kenapa tidak boleh bela anjing di rumah dan beberapa soalan lain, yang asalnya tidak terjangkau oleh fikiran saya ia akan ditanya oleh seorang Muslim.

Seandainya saya mengambil pendekatan ‘seorang ustaz’, mungkin saya akan leterkan beliau ayat-ayat al-Quran dan Hadith berkaitan kewajipan bertudung dengan panjang lebar dan penuh nota kaki. Akhirnya saya sahaja yang syok sendiri terhadap betapa banyakkan dalil yang berjaya saya ingat dan bentangkan dengan fasih! Gadis tersebut mungkin menguap dan menutup telinganya sambil menanti saya mengangkat punggung dan beredar.

Saya tidak punya pengalaman untuk mengendalikan keadaan seperti itu. Bekalan yang ada hanya sebuah sikap yang saya yakin penting. Tekan butang pause, bertenang, dan cuba untuk melihat apa yang tidak diperlihatkan. Persoalan sebenar berbanding persoalan yang ditanya. Apakah benar, tudung, solat dan bela anjing itu masalah sebenarnya, atau ada masalah lain yang lebih kritikal di sebalik semua itu.

“Saya tidak rasa itu patut jadi persoalan awalan kita. Mungkin elok kita bincang persoalan yang lebih perlu diselesaikan. Sesuatu yang lebih pokok,” saya memberanikan diri mencadang.

“Oh begitu. Baik, apa persoalan utama ustaz?” tanya gadis tadi.

“Apa tujuan hidup awak? Apa yang awak nak capai dalam hidup ini?” saya menyoal.

“Penting sangatkah nak tahu tentang tujuan hidup?”, tanyanya lagi.

“Cuba awak bayangkan, kita adakan permainan bola sepak, tetapi di padang bola tiada tiang gol! Atau awak main golf tetapi tidak tahu di mana lubangnya. Apa rasanya kalau awak terlibat dalam permainan seperti itu?” saya menguji.

“Silly game.. mengarut!” ujarnya sambil tersengih.

“Well, kita mungkin ketawakan mereka yang main bola atau golf begitu, tetapi sebenarnya kita sedang ketawakan ramai manusia yang hidupnya tiada tiang gol dan tiada lubang golf. Betul tak?” saya menyoalnya.

Dia menggangguk.

“Kalau kita tak tahu tujuan hidup kita yang sebenar, bagaimana kita nak fokus dan membuat prioriti? Saya yakin saudari boleh setuju bahawa kegagalan untuk fokus dan membuat prioriti, adalah cara mudah untuk gagal dalam hidup. Awak setuju?” saya meneruskan perbualan.

“Ya, saya boleh bersetuju.” jawabnya.

“Jadi, apa tujuan hidup awak?” saya menyoal.

“Saya nak berjaya dalam kerjaya, ada firm sendiri dan dengan pendapatan jutaan Pound setahun!” katanya dengan yakin.

“Awak belum dapat berjuta Pound setahun. Ada orang dapat berjuta Pound sehari, tak bahagia pun. Tu si Donald Trumph, kaya raya. Tetapi dia tidak bahagia, ‘diceraikan’ oleh isterinya. Saya tidak rasa berjuta Pound itu tujuan hidup awak atau sesiapa” saya mengulas sedikit. Cuba melontar provokasi.

“Hmm…,” dia mengeluh. Sepi tanpa jawapan…

“Habis, apa tujuan hidup ustaz?” gadis itu bertanya kepada saya.

“Hmm, awak rasa, saya ada ke jawapannya? Awak ada jawapannya? Saya rasa kita sama-sama tak ada jawapan sebab TUJUAN HIDUP kita telah ada sebelum kita lahir. Jika kita tanya lampu ni kenapa dia diciptakan, andai dia boleh menjawab, mungkin dia tidak tahu kenapa dia berada di sini. Logiknya kita kena tanya kilang yang membuat lampu itu tadi. Dan kalau kita tanya ke kilang, mereka akan memberikan koleksi soalan dan jawapan di dalam sebuah KITAB bernama Instruction Manual. Begitulah juga dengan manusia. Jika mahu kepada jawapan, kenalah tanya kepada Tuhan yang menciptakan manusia iaitu Allah. Dan Allah telah memberikan kepada kita koleksi soalan dan jawapan di dalam Instruction Manual-Nya yang bernama…” cakap saya terputus.

“Al-Quran! What does the Quran say about our PURPOSE OF LIFE?“, gadis tersebut memintas saya dengan soalannya.

“DAN tidaklah Aku jadikan Jin dan Manusia melainkan supaya mereka beribadah dan mengabdikan diri kepadaKu. Surah al-Dzariyat ayat 56? saya menjawab.

Lantas saya mengambil peluang untuk menjelaskan secara ringkas kepada beliau konsep ibadah dalam Islam. Bahawa selain solat dan ibadah khusus yang lain, apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan jika memenuhi kriteria Islam, maka ia jadi ibadah. Dan akhirnya saya membuat kesimpulan berikut:

“Seandainya saudari boleh menerima hakikat yang saudari perlukan Tuhan dalam hidup ini, maka barulah saya boleh menjawab soalan kenapa kita kena sembahyang. Kita perlu sembahyang kerana kita perlukan Tuhan dalam hidup ini. Jika saudari boleh bersetuju dengan kewajipan sembahyang, maka barulah saya boleh terangkan kenapa saudari kena pakai tudung. Analoginya jika kita mengadap Yang Di Pertuan Agung pun ada kod berpakaian, dan itu haknya kerana dia ketua pemerintah negara. Maka apatah lagi untuk menghadap Allah di dalam sembahyang dan di luar sembahyang, tentunya kita kena bertudung kerana itu kehendak Dia. Dan jika awak setuju sampai ke situ, saya boleh jelaskan kenapa Islam tidak benarkan kita bela anjing. Islam cuma mengajar, andai dijilat anjing, samaklah dengan air dan tanah. Tetapi Islam tidak pernah mengajar kita supaya membenci anjing dan memukulnya. Itu semua soal adat. Jangan salahkan Islam atas apa yang orang Melayu buat!” saya mengakhiri penerangan terhadap semua persoalan yang tertangguh.

PERCUBAAN

Alhamdulillah dalam tempoh sejam pertemuan saya dengannya, itulah hasil perbincangan kami.

Walaupun kesannya saya tidak pasti tetapi sekurang-kurangnya saya sudah mencuba untuk menghadapi mad’u saya dengan konsep Jiwa Da’i Otak Faqih dan tidak sebaliknya.

Gadis itu ada latar belakang keluarga yang berbeza. Dia bukan seperti saya dan kehidupan saya. Kerana itulah saya mesti terlebih dahulu cuba belajar untuk memahami keadaan dia sebelum memutuskan apakah pendekatan dakwah yang patut saya ambil. Andai saya hamburkan kemarahan atas provokasi gadis tadi, tentulah perbualan kami terhenti di situ dan saya sekadar menggelengkan kepala sambil tersenyum secara sinis, “inilah perangai bebudak sekarang!”

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Ko-SPIN 09











salam pawana....em, sahabat2, tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kongres pendidikan islam anjuran GAMIS akan berlangsung. rasanaya amat rugi jika tidak menghadirkan diri ke program seperti ini. peluang yang ada ini, seharusnya diambil dan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam menyiapkan diri ke arah pembangunan jiwa insan yang lebih optimis.

sebagai mempromosikan produk gamis, salah satu cara yang dapat saya bantu adalah dengan cara promosi sebegini. diharap sama- sama kita mendapat manfaat daripada penganjuran program sebegini.

di bawah ni, antara objektif utama diadakan ko- spin ini....



Objektif Ko-SPIN 09

Menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dalam negara. Tujuan untuk menilai pendidikan Islam dalam negara adalah untuk menjadikan pendidikan Islam sebagai tunjang pendidikan. Selain itu, pendidikan Islam juga sudah lama tidak disemak semula melainkan hanya menjalankan wacana tahunan sahaja.

Membetulkan pandang alam (world-view) mengenai pendidikan Islam yang sebenar.

Membentuk satu resolusi bertindak ke arah pentajdidan sistem pendidikan Islam di negara. Maka, Kongres bermatlamat untuk mendapatkan resolusi diakhir perbincangan dan seterusnya diperingkat atasa akan menyemak semula cadangan dari resolusi yang telah diperolehi di akhir Kongres ini.

Friday, June 19, 2009

salam imtihan buat sahabat2 di bumi uia. semoga kejayaan milik bersama. em...sebenarnya aku dalam usaha untuk memberikan semangat kepada diriku jugak. dalam masa yang sama untuk sahabat2 seperjuangan. sem ni walaupun tak seperti sem2 biasa, tapi untuk skor tu, agak susah. aku amik rasook and kaunseling dan aku akan menghadapi xam tersebut pada 23hb untk rasook dan 25hb untuk kaunseling. baru je nak skor lam kaunseling, tapi hari rabu lepas dato' (lecturer aku) kata carry mark berdasarkan ape yang dipresenkan, assignment ke sekolah and report presentation. kalu tak leh skor kat situ, memang nak harapkan A agak susah. 70 markah dalam tangan. final hanya 30 markah je. terpaksalah berusaha untuk membaguskan final ni sebabnya dikhuatiri carry mark tak mencukupi. alhamdulillah, untuk final subjek ni, dato ada bagi hint2 soalan yang akan ditanya, cuma tinggal untuk muraja'ah je.

cuma skarang ni yang paling menakutkan adalah rasook. dirasuknya aku, tak ke mana lah jawabnya. subjek revelation as a source of knowledge ni, memang menjadi ketakutan kami semua. subjek yang agak kritikal, perlukan pembacaan yang banyak dan perlu lbih kritikal dalam menyelesaikan masalah. awal- awal lagi ustaz dah pesan;jawab berdasarkan fakta, bukan ikut goreng je, takut kehangusan....hu2..
insyaAllah moga kami semua dapatlah mengharungi samudera kehidupan ini.

em tak sabar rasanya nak balik kampung, nak jumpa famili. disamping suatu misi penting yang perlu dilaksanakn di kampung, tanah air tercinta.

buat sahabat- sahabat seperjuangan, bittaufiq wannajah, moga terus istiqamah dalam menghitung hari2 terakhir sebuah peperiksaan. dan buat sahabat2 yang da habis final tu, jangan la bersukaria di depan kami, boleh tension ngan korang yang da abes....=)

Monday, June 8, 2009

Alhamdulillah....petang yang indah,disirami rahmat yang Esa. jika nak dihitungkan nikmat tuhan di dunia ini nescaya tidakkan terhitung oleh kita hamba yang hina dina ini. Ya Allah, begitu luas alam yang terbentang ini, sujudku padamu mengharap restu dan redhaMu ya Allah. Biarkanlah kaki ini terus thabat di jalanMu ya Ilahi....

Aku sempat mendengar IKIM lewat petang tadi.Kupasan isu yang menarik, tapi aku berkesempatan mendengar bait-bait akhir panel jemputan itu. Kalau tak silap aku panel tadi Ir Ahmad Jais. Tajuk yang dibincangkan adalah mengenai pemuda agen perubah.
Hanya sempat kucatatkan empat elemen yang perlu ada bagi seorang agen perubah mengikut tafsiran as- syahid Imam Hassan al-Banna*.

1-القلب الدكي =hati yang bersih
2-الفؤاد النقي= hati yang terdidik
3-الشعور القوي =jiwa yang kuat
4-العزم الفتي =keazaman yang membara

*IR ada menyebut buku karangan imam as-syahid yang menjadi rujukan,tapi terlupa tajuk yang tepatnya. buku tersebut mengenai syabab pada hari ini.

Friday, June 5, 2009

Mengibadatkan kerja

MANUSIA digalakkan bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Pekerjaan yang dilakukan seharusnya dijadikan ibadah yang mendapat pahala di sisi Allah s.w.t.

Pekerjaan dalam pengertian luas meliputi semua bentuk usaha dilakukan manusia sama ada dengan tenaga mahupun fikiran, sama ada berkaitan masalah keduniaan atau keakhiratan.

Sehubungan itu, al-Quran banyak menyebutkan akidah dan iman dikaitkan dengan ayat mengenai kerja. Allah berfirman yang bermaksud, “Sesiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl: 97)

Oleh itu, kerja yang dilakukan dengan ikhlas, amal soleh dan dalam keadaan beriman kepada Allah dianggap ibadah yang mendapat pahala disisi-Nya.Setiap kerja atau pekerjaan dilakukan mestilah kerja yang halal di sisi-Nya kerana hasilnya akan menjadi rezeki dan darah daging sendiri serta ahli keluarga.


Sesungguhnya, Allah mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Sesiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan sesiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki, mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka ia akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.” (Al- Mu’min: 40)

Konsep dan amalan kerja sebagai ibadah sudah lama diterapkan dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta di negara ini dan menjadi amalan yang baik.

Dalam hal ini, perbuatan tidak baik dalam pekerjaan seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, cuai, ponteng, malas, penyelewengan, tidak menepati masa dan tidak berkerja bersungguh-sungguh mesti dielakkan.

Ingatlah peringatan Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku, meliputi apa yang kamu kerjakan.” (Huud: 92).

Allah seterusnya memberi peringatan yang bermaksud, “… Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Araaf: 180)

Dalam membina kebahagiaan hidup, penting difahani konsep kerja sebagai ibadah. Jika seseorang bekerja bersungguh-sungguh, taat, rajin dan jujur, rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan.

Keberkatan di sini bermaksud, walaupun rezeki itu sedikit ia sentiasa cukup untuk menyara kehidupan.

Jadilah orang yang lembut hatinya, rajin bekerja untuk kebahagiaan dunia dan akhirat serta jiwanya lebih dekat kepada Allah dalam melaksanakan apa juga tugas yang diamanahkan.

Daripada Ubai bin Ka’ab r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, “Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenangan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia, ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Amalan pekerjaan yang baik dilakukan dengan ikhlas kerana Allah di dunia akan mendapat ganjaran setimpal di akhirat. Jadikanlah amalan di dunia untuk kebaikan di akhirat.

Khalifah Umar al-Kattab pernah menyatakan, “Andai kata aku mati di antara kedua kakiku yang bekerja mencari anugerah Allah s.w.t adalah lebih aku sukai daripada aku mati atau terbunuh sebagai mujahid fisabillah.”

Dengan hal demikian, khalifah Umar bersabar pada ungkapan al-Quran mengenai kerja dan mencari rezeki di samping berjihad dan berperang di jalan Allah sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud; “…Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang yang sakit dan orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah dan orang lain yang berperang di jalan Allah…” (Al-Muzzamil: 20)

Islam sangat menggalakkan pekerjaan yang halal. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Mencari rezeki halal adalah wajib selepas menunaikan yang diwajibkan.” (Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Jelaslah, untuk memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan bekerja. Setiap kerja yang baik dan mengandungi kebaikan memberi faedah kepada orang ramai hingga Rasulullah menyifatkan mukmin sebenar adalah yang perkataan dan perbuatannya memberi faedah kepada orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai salah seorang di antara kamu yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik (tekun).” (Riwayat Al-Baihaqi)

Sifat amanah dalam tugas dan pekerjaan amat penting. Rasulullah adalah teladan unggul yang melakukan kerja secara berhati-hati, amanah dan berakhlak.

Islam menyeru agar umatnya bekerja dengan tekun dan bersemangat, hingga majikan akan memperoleh faedah dan keuntungan daripada hasil kerjanya. Islam tidak memandang pekerjaan, tetapi hasilnya mestilah baik dan halal.

Dasar utama dalam pekerjaan adalah bertakwa untuk mencari keredaan Allah.

Apapun bentuk dan jenis pekerjaan, takwa adalah petunjuknya. Memisahkan kerja dengan iman bererti menyingkirkan Islam daripada kehidupan dan membiarkan kerja mengikut kemahuan dan kebebasan hawa nafsu.

Kesimpulannya, lakukanlah apa jua pekerjaan halal yang disertai dengan iman dan takwa bagi memastikan ia menjurus kepada ibadah bagi mempertingkatkan peradaban manusia, khususnya umat Islam.

sumber: berita harian

Wednesday, June 3, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

subahanallah....alhamdulillah....allahu akbar....
dah lama sangat nak update blog, tapi tak berkesempatan,alhamdulillah pengajian short sem ni banyak menduga aku dan sahabat2 yang lain. rata- rata merasakan terlalu tersiksa dengan short sem. siapa yang sanggup amik kalau dah cuti tiga bulan,semestinya bercuti di kampung dan bersama keluarga lebih indah dan membahagiakan.pengalaman ber'short sem' dulu banyak menguji aku.mana taknya, nak isi masa yang hanya tujuh minggu sahaja masa 'lecture'nya, tak berapa larat. bukan sebab bebanan subjek, tapi bebanan masa yang dihabiskan untuk 2-3 subjek yang memakan masa hampir 3-4 jam kredit sehari. takpelah demi sebuah tuntutan, ku perjuangankan cuti itu. lagipun tak terasa sangat kekosongan itu.

aku berkesempatan balik rumah 2-3 hari lepas. sempatlah aku menyambut perayaan hari guru di sekolah dengan adik2 dan sahabat2.....ya Allah seronoknya.janji dengan che as,niah, noma,miza,fahe,sarah,che kha and ramai lagi tapi masing2 ada masyaqqah tersendiri...tapi, Alhamdulillah sarah, che as dan noma setuju untuk ke sekolah. RIIIN..DUUU SANGAT. rindu nak balik alam sekolah.rindukan sahabat2, rindukan cikgu2 yang banyak mendidik diri ini menjadi manusia walaupun terpaksa korbankan masa mereka.ya Allah bagaimana rasanya apabila aku bergelar insan tersebut.adakah aku mampu untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan ke bahuku ini. cabaran getir seorang guru menempuh dan mengharungi onak duri perjuangan dalam mendidik dan mentarbiyyah generasi masa hadapan yang semakin lari dan tersasar dari panduan hidup islam yang sebenar. Ya Allah permudahkan segala urusanku. permudahkan segala gerak kerjaku.ikhlaskan niatku dalam mendidik jiwa2 muda ini ya Allah.thabatkanlah kakiku ini andainya aku jatuh atau tewas dalam menawan arus kehidupan ini.

teringat masa aku kena handle program hari guru 2006, kelam kabut rasanya. pertama kali handle program besar yang melibatkan guru2 dan pelajar2. bila aku tengok adik- adik MP generasi yang ke 5 ni handle program,rasa tercabar. KENAPA??? sebabnya masa aku handle dulu aku dah tingkatan 6 dan bakal meninggalkan sekolah. tapi,tak dapat nak perform dengan baik. adik- adik mp ni(yakni adik aku sendiri) baru je tingkatan 5. they try to do best for that celeberation. tak pe lah, belajar awal- awal, nanti tak malu dan tak segan untuk perform depan audience. tapi satu yang aku takkan lupa sampai bila- bila, sahabat2 yang banyak bantu aku dan bagi support untuk aku teruskan majlis. sahabat2 sanggup bersengkang mata demi untuk menyiapkan persiapan akhir untuk majlis esoknya...TERIMA KASIH SAHABAT....

em, aku sempat jumpa mudir, cg al-azmi,us luq,cg rahama & ramai lagi. tak terhitung rasanya.mudir aku sorang ni tak ubah2 dari dulu, suka menyakat.ada je modal untuk sakat orang.tak pe kena sakat pun, aku tetap sayang. siapa tak sayang cikgu, betul tak??? apa2 pun buatmu warga pendidik Maahad Saniah,
ku doakan moga kalian diberkati dan dirahmati,diberi kesejahteraan hidup dan kebarakahan ilmu yang disampaikan agar ia mampu memanfaatkanku dan juga generasi pewaris bangsa yang bakal memimpin dunia.


BUATMU GURU2KU SAYANG, SELAMAT HARI GURU

Tuesday, May 12, 2009

KPI yang berkait

Oleh TUN FAISAL ISMAIL AZIZ

Seperti yang disebutkan, Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance Indicators (KPI) adalah ukuran yang digunakan bagi membantu sesuatu organisasi mendefinisi dan menilai sejauh mana kejayaannya dalam memenuhi matlamat organisasinya. KPI adalah salah satu dari bahagian utama objektif yang boleh diukur yang terdiri daripada hala tuju, KPI, tanda aras, sasaran dan jangka masa pencapaian.

Misalnya KPI seorang guru sains adalah “untuk meningkatkan tahap penggunaan perkakasan, perisian, bahan bantu mengajar (BBM) yang disediakan dan Bayaran Insentif Subjek Pembelajaran (BISP) ke tahap 100 peratus agar pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains dalam bahasa Inggeris dalam kelas dapat dinaikkan ke tahap 70 peratus menjelang tahun 2010”. Dalam contoh ini, meningkatkan P&P dalam bahasa Inggeris ke tahap 70 peratus dan penggunaan perkakasan, perisian, bahan bantu mengajar dan BISP ke tahap 100 peratus adalah KPI nya.

Meningkatkan tahap P&P dalam bahasa Inggeris bukan perkara yang sukar dicapai oleh guru tersebut kerana ia adalah di bawah kawalannya. Jika ada pun hambatan bagi mencapai KPI tersebut, ia mungkin disebabkan oleh perbezaan tahap kefahaman murid di dalam kelas. Ada kalanya bukan guru yang tidak mahu menggunakan bahasa Inggeris secara sepenuhnya di dalam kelas, tetapi mereka terpaksa menyesuaikan P&P dengan tahap keupayaan murid. Walaupun mahir berbahasa Inggeris, ada kala guru perlu mengurangkan peratus penggunaannya di dalam P&P jika didapati ada murid yang ketinggalan.

Sebaliknya KPI untuk meningkatkan tahap penggunaan perkakasan, perisian dan BBM berbeza. Ia tidak berada di dalam kawalan guru semata-mata tetapi berkait dengan KPI beberapa pihak yang lain.

Contohnya dalam mencapai KPI dalam program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) fasa VI, guru perlu menunggu sehingga perkakasan (komputer bimbit, projektor), perisian dan BBM (pakej latihan kendiri) dibekalkan serta latihan yang bersesuaian disempurnakan.

Ini bermaksud jika KPI guru sains tersebut perlu dicapai pada bulan Februari 2008, maka perkakasan, perisian, BBM dan latihan perlu disediakan beberapa bulan lebih awal sebelum itu. Di sini, KPI seorang guru sains tidak lagi bergantung pada dirinya sahaja, tetapi juga bergantung kepada keupayaan pegawai-pegawai bahagian-bahagian tertentu di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Kewangan menepati KPI masing-masing, terutamanya dari segi pelaksanaan perolehan perkakasan yang berkaitan serta penyediaan perisian dan kepakaran latihan.

Jika pegawai di bahagian-bahagian ini tidak dapat melaksanakan tugas perolehan ini dalam tempoh masa seperti yang ditetapkan dalam KPI, maka guru di sekolah juga akan gagal menepati KPInya.

Perdana Menteri ada memaklumkan bahawa KPI digunakan untuk menilai prestasi bukan sahaja Menteri dan Timbalan Menteri, tetapi juga pegawai kanan kerajaan. Maka dalam hal ini mungkin ada kewajaran bagi Ketua Setiausaha Negara (KSN) bersegera meneliti dan membangunkan KPI pegawai-pegawai kanan di kementerian-kementerian secara objektif dan bermakna.

Pelaksanaan projek di peringkat kementerian tidak seharusnya dilihat hanya sebagai soal proses, prosedur atau sistem penyampaian sahaja. Ia wajar dilihat sebagai amanah yang dipikul oleh pegawai kanan kerajaan untuk menambah aliran tunai dalam kitaran ekonomi seterusnya merancakkan ekonomi negara. Lebih utama lagi, ia dilihat sebagai amanah yang perlu dilunaskan untuk memastikan anak-anak kita menerima hak mereka memperoleh ekuiti dan kualiti dalam pendidikan. Dalam hal ini, ia bukan sekadar soal pelaksanaan projek dan meransang ekonomi semata-mata, tetapi soal pembangunan modal insan dan masa depan negara.

Saturday, April 18, 2009

salam sore....

Em....petang ni aku akan keseorangan. Kesemua teman bilikku telah pulang ke kampung halaman masing- masing,tinggallah aku keseorangan terkontang- kanting tak keruan. Selepas menikmati makan tengahari bersama Husna tadi, aku ke Centre untuk keluarkan duit. Em, dah terasa keseorangan apabila kami berpisah, so aku amik keputusan untuk ke ITD. Tempat yang paling Husna suka, sebab kat sini dia boleh online free.hu..hu..
Aku sepatutnya balik kampung pagi semalam, tapi disebabkan oleh panggilan temuduga kpm, terpaksa aku tangguhkan sementara cuti aku.

Dalam masa yang sama, sahabat- sahabat seperjuanganku telah merancang aktiviti rehlah, biasalah sebelum kami semua berangkat pulang ke ganggang masing- masing. Klau diikutkan memang aku tak dapat pergi, tapi inilah hikmah yang aku rasa aku dapat dengan panggilan interview tu. Mungkin Allah nak suruh aku bersama mereka mengikat rantai- rantai ukhwah agar terus kukuh sesama kami. Tadi pun aku terserempak dengan Wan dan Wani Sabah, kedua- duanya rasa pelik, sebabnya aku membimbit beg pakaian.(beg pakaian Husna, aku tolong pegang je) Jangan risau Wan, akak akan pergi, akak takkan hampakan harapan sahabat- sahabat yang lain. cukuplah aku dah kena basuh dengan Fitri...

Ku harap, rehlah kali ni boleh beri kami kesempatan untuk berukhwah dan mengenali sahabat- sahabat dengan lebih dekat. dah hampir setengah tahun aku join diorang tapi masih ada dikalangan sahabat- sahabat aku ni, yang aku tak kenali dengan lebih rapat...just sekadar tahu nama dan kos, tu tak memadai untuk sebuah ikatan persahabatan yang suci dan murni...

Friday, April 17, 2009

Kementerian Pelajaran majukan Permata Negara

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, Kementerian Pelajaran dipertanggungjawabkan membantu membangunkan program di bawah Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usaha mengembangkan konsep pendidikan awal kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tugas membantu memperkasakan program bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah tanggungjawab besar kepada kementerian itu.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak bermakna kementerian akan mengambil alih usaha yang dipelopori Penaung Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor.



“Kementerian Pelajaran hanya menyokong dan membantu usaha yang dilakukan Permata Negara untuk mengembangkan lagi program bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun,” katanya pada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa, di sini, semalam.

Hadir sama, Rosmah; isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; ibu Perdana Menteri, Tun Raha Mohd Noah; Wanita Pertama Zambia, Thandiwe Banda dan isteri Perdana Menteri Pakistan, Begum Fouzia Yousaf Raza Gillani.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin bersetuju peringkat usia bawah lima tahun amat penting bagi pembangunan seorang kanak-kanak.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Rosmah di atas komitmennya terhadap Permata Negara, beliau berkata, kajian terbaru Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Unesco) bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati Malaysia mencapai peningkatan dalam memastikan pendidikan diterima semua golongan.

Katanya, kajian di seluruh dunia mendapati Malaysia tergolong antara negara yang mencapai kadar enrolmen dan melanjutkan pengajian tertinggi, selain mempunyai sumber pendidikan terbaik sehingga menjadi antara 56 negara tertinggi dalam Indeks Pembangunan Pendidikan.





“Kita juga tidak mengamalkan diskriminasi jantina kerana lelaki dan wanita mempunyai peluang sama rata dalam pendidikan,” latanya.

Thursday, April 9, 2009

SENARAI KABINET BARU NAJIB

KUALA LUMPUR 9 April - Berikut ialah senarai penuh barisan Kabinet baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
------------------------------------------------------------
PERDANA MENTERI : Datuk Seri Najib Tun Razak

TIMBALAN PERDANA MENTERI: Tan Sri Muhyiddin Yassin

JABATAN PERDANA MENTERI:
Menteri:
1. Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Hal Ehwal Perpaduan & Pengurusan Prestasi)
2. Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Hal Ehwal Perundangan dan Parlimen)
3. Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Unit Perancang Ekonomi)
4. Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom (Hal Ehwal Agama Islam)
Timbalan Menteri:
1. Datuk Liew Vui Keong
2. Datuk Dr. Mashitah Ibrahim
3. Datuk S.K. Devamany
4. Ahmad Maslan
5. T. Murugiah

KEMENTERIAN KEWANGAN:
Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
Timbalan Menteri:
1. Datuk Chor Chee Heung
2. Datuk Dr. Awang Adek Hussin

KEMENTERIAN PELAJARAN:
Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr Wee Ka Siong
2. Dr. Mohd Puad Zarkashi

KEMENTERIAN PENGANGKUTAN:
Menteri: Datuk Ong Tee Keat
Timbalan Menteri:
1. Datuk Abdul Rahim Bakri
2. Datuk Robert Lau Hoi Chew

KEMENTERIAN PERUSAHAAN, PERLADANGAN DAN KOMODITI:
Menteri: Tan Sri Bernard Dompok
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainudin

KEMENTERIAN DALAM NEGERI:
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri:
1. Datuk Wira Abu Seman Yusop
2. Jelaing anak Mersat

KEMENTERIAN PENERANGAN, KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN:
Menteri: Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim
Timbalan Menteri:
1. Datuk Joseph Salang Gandum
2. Senator Heng Seai Kie

KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR:
Menteri: Datuk Peter Chin Fah Kui
Timbalan Menteri: Noriah Kasnon

KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH:
Menteri: Datuk Seri Shafie Apdal
Timbalan Menteri:
1. Datuk Hassan Malek
2. Datuk Joseph Entulu anak Belaun

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI:
Menteri: Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
Timbalan Menteri:
1. Datuk Dr. Hou Kok Chung
2. Datuk Saifuddin Abdullah

KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI:
Menteri: Datuk Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri:
1. Datuk Mukhriz Mahathir
2. Datuk Jacob Dungau Sagan

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INNOVASI:
Menteri: Datuk Dr. Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Fadillah Yusof

KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR:
Menteri: Datuk Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Tan Sri Joseph Kurup

KEMENTERIAN PELANCONGAN:
Menteri: Datuk Ng Yen Yen
Timbalan Menteri: Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI:
Menteri: Datuk Noh Omar
Timbalan Menteri:
1. Datuk Johari Baharum
2. Datuk Rohani Abdul Karim

KEMENTERIAN PERTAHANAN:
Menteri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

KEMENTERIAN KERJA RAYA:
Menteri: Datuk Shaziman Abu Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Yong Khoon Seng

KEMENTERIAN KESIHATAN:
Menteri: Datuk Liow Tiong Lai
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Rashid Shirlin

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN:
Menteri: Datuk Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri:
1. Datuk Razali Ibrahim
2. Wee Jeck Seng

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA:
Menteri: Datuk Dr S.Subramaniam
Timbalan: Datuk Maznah Mazlan

KEMENTEIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA:
Menteri: Datuk Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tan Lian Hoe

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN:
Menteri: Datuk Kong Cho Ha
Timbalan Menteri: Datuk Lajim Ukin

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT:
Menteri: Datuk Seri Sharizat Jalil
Timbalan Menteri: Datin Paduka Chew Mei Fun

KEMENTERIAN LUAR:
Menteri: Datuk Anifah Aman
Timbalan Menteri:
1. A. Kohilan Pillay
2. Datuk Lee Chee Leong

KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN:
Menteri: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Timbalan Menteri: Datuk M. Saravanan



suteramalaya.blogspot.com

Saturday, February 28, 2009

Batu yang keras… Air yang lembut… Dua kejadian yang amat berbeza Tiada siapa yang dapat menyangka Air yang mengalir dingin di kali Kan upaya melembutkan batu Kesannya menjadi ilhamku Umpama kejadian hati dan zikir Hati bisa menjadi keras seperti batu… Zikir sesejuk air mengalir Ia bisa melembutkan hati Usah disangka selembut zikir seremeh perkara Kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH… Berupaya menggegarkan hati Menyalur manusia ke kaki kebenaran Menggegar dunia

Wednesday, February 25, 2009

SEBUAH PERMULAAN








Pertama sekali tahniah buat sahabat2 maruf club yang berjaya menganjurkan program intellectual dialouge "THE IMPLICATION OF CURRENT PHENOMENON TOWARDS THE FUTURE OF MALAYSIA". program ini dilihat telah berjaya membuka minda masyarakat mahasiswa yang kalau diperhatikan telah lama tertutup atau terhijab dengan tipu helah pihak- pihak tertentu.

Dialog seumpama ini sebenarnya memberikan ruang bagi mahasiswa universiti bertukar- tukar fikiran dan mencabar minda mereka dalam menterlibatkan diri dengan arena politik ataupun isu masyarakat semasa. kalau dilihat mahasiswa ataupum masyarakat hari ini banyak disogok dengan berita-berita atau maklumat yang telah diputaerbelitkan oleh pihak media terutamanya. dengan penganjuranj program sebegini diharap dapat memberikan kesan besar dalam mendidik jiwa mahasiswa untuk lebih peka dengan apa yang berlaku di sekitar kampus.

Semoga program ini bukanlah yang terakhir dan diharapkan kesinambungan daripada program-program seperti ini akan terus subur dan bercambah dikalangan mahasiswa kita khususnya bagi melahirkan mahasiswa yang sihat dan matang dalam memberikan idea ataupun pandangan yang bernas demi memacu negara kearah kecemerlangan dan kegemilangannya.

Wednesday, January 28, 2009

Bertempur semula

Israel cabuli gencatan senjata, lancar serangan di Gaza

BAITULMAQDIS: Gencatan senjata yang berkuat kuasa lebih seminggu lalu antara Hamas dengan Israel, terancam seketika semalam apabila seorang penduduk Palestin maut ditembak tentera Yahudi sejurus selepas sebuah stesen televisyen Arab melaporkan seorang tentera Yahudi terbunuh dalam satu letupan bom berhampiran sempadan Gaza.

Anwar al-Dreim, 24, terkorban berhampiran sempadan Gaza dengan Israel, kata pasukan perubatan tetapi tidak dapat dipastikan jenis tembakan, artileri atau bedilan helikopter tempur, yang membunuhnya.


Sementara itu, tentera Israel semalam menceroboh semula seketika ke dalam kawasan Gaza selepas berundur lebih seminggu lalu, bagi memburu mereka yang bertanggungjawab terhadap letupan itu.

Dentuman tembakan kedengaran di kawasan sempadan dan helikopter tentera Israel kelihatan berlegar sambil melepaskan tembakan mesingan ke arah sasaran di tengah Gaza.

Ia adalah pertempuran paling serius sejak kedua-dua pihak yang bertelagah, mengumumkan gencatan senjata secara bersendirian berikutan tekanan antarabangsa selepas tentera rejim Zionis mengganas selama 22 hari di Gaza dengan membunuh kira-kira 1,300 penduduk Palestin.

Tentera Israel mendakwa, letupan bom terbabit mensasarkan pasukannya yang meronda di kawasan sempadan Kissufim. Bagaimanapun Tel Aviv tidak memberi butiran lanjut dan setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Sebuah jet pejuang Israel juga kelihatan terbang rendah di atas Bandaraya Gaza mencetuskan letupan bunyi yang kuat, mungkin sebagai amaran berikutan insiden tentera Israel terbunuh itu. Israel juga untuk seketika menutup pintu sempadan dengan Gaza berikutan serangan bom itu.

Seorang pemimpin Hamas, Mushir al-Masri, berkata Israel harus dipersalahkan ke atas insiden terbaru itu kerana terus melepaskan tembakan ke arah Gaza walaupun ada gencatan senjata.

"Rejim Zionis bertanggungjawab di atas mana-mana keganasan yang tercetus," katanya.

Mesir kini menjadi orang tengah dalam rundingan gencatan senjata jangka panjang bagi membolehkan bantuan disampaikan kepada 1.4 juta penduduk Gaza yang teruk menjadi mangsa pengeboman Israel.

Hamas yang memerintah Gaza sejak Jun 2007 selepas mengusir kumpulan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas, menuntut Israel dan Mesir membuka semula sempadan dengan Gaza yang ditutup sejak ia berkuasa di wilayah itu.

Israel pula mahu jaminan penyeludupan senjata ke wilayah Palestin itu dihentikan dan Hamas tidak lagi melancarkan roket ke wilayah yang diduduki Yahudi.

Serangan Israel terhadap Gaza membunuh 1,285 rakyat Palestin, lebih separuh daripadanya orang awam, menurut rekod Pusat Hak Asasi Palestin, manakala 13 rakyat Israel, termasuk tiga orang awam terbunuh dalam perang tiga minggu itu. – AP

Sunday, January 25, 2009

rindu...

nak balikkkkkk.....em sedihnya cuti kali ni tak dapat balik kg. biasanya akan ada juga time yang aku curi untuk balik kg, tapi kali ini keadaan memaksa aku untuk terus tinggal kat kampus.assignment brtimbun dan aku rasakan aku tak mampu untuk menyiapkannya...aduh...aku harap dengan pengorbanan cuti yang aku buat ni, dapatla aku siapkan assignment aku 2...