Saturday, April 18, 2009

salam sore....

Em....petang ni aku akan keseorangan. Kesemua teman bilikku telah pulang ke kampung halaman masing- masing,tinggallah aku keseorangan terkontang- kanting tak keruan. Selepas menikmati makan tengahari bersama Husna tadi, aku ke Centre untuk keluarkan duit. Em, dah terasa keseorangan apabila kami berpisah, so aku amik keputusan untuk ke ITD. Tempat yang paling Husna suka, sebab kat sini dia boleh online free.hu..hu..
Aku sepatutnya balik kampung pagi semalam, tapi disebabkan oleh panggilan temuduga kpm, terpaksa aku tangguhkan sementara cuti aku.

Dalam masa yang sama, sahabat- sahabat seperjuanganku telah merancang aktiviti rehlah, biasalah sebelum kami semua berangkat pulang ke ganggang masing- masing. Klau diikutkan memang aku tak dapat pergi, tapi inilah hikmah yang aku rasa aku dapat dengan panggilan interview tu. Mungkin Allah nak suruh aku bersama mereka mengikat rantai- rantai ukhwah agar terus kukuh sesama kami. Tadi pun aku terserempak dengan Wan dan Wani Sabah, kedua- duanya rasa pelik, sebabnya aku membimbit beg pakaian.(beg pakaian Husna, aku tolong pegang je) Jangan risau Wan, akak akan pergi, akak takkan hampakan harapan sahabat- sahabat yang lain. cukuplah aku dah kena basuh dengan Fitri...

Ku harap, rehlah kali ni boleh beri kami kesempatan untuk berukhwah dan mengenali sahabat- sahabat dengan lebih dekat. dah hampir setengah tahun aku join diorang tapi masih ada dikalangan sahabat- sahabat aku ni, yang aku tak kenali dengan lebih rapat...just sekadar tahu nama dan kos, tu tak memadai untuk sebuah ikatan persahabatan yang suci dan murni...

Friday, April 17, 2009

Kementerian Pelajaran majukan Permata Negara

Oleh Nazura Ngah
nazura@bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Bermula tahun depan, Kementerian Pelajaran dipertanggungjawabkan membantu membangunkan program di bawah Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak Permata Negara (Permata Negara) dalam usaha mengembangkan konsep pendidikan awal kanak-kanak.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tugas membantu memperkasakan program bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun adalah tanggungjawab besar kepada kementerian itu.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu tidak bermakna kementerian akan mengambil alih usaha yang dipelopori Penaung Permata Negara, Datin Seri Rosmah Mansor.



“Kementerian Pelajaran hanya menyokong dan membantu usaha yang dilakukan Permata Negara untuk mengembangkan lagi program bagi kanak-kanak di bawah usia lima tahun,” katanya pada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Seminar Pendidikan dan Penjagaan Awal Kanak-Kanak Antarabangsa, di sini, semalam.

Hadir sama, Rosmah; isteri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; ibu Perdana Menteri, Tun Raha Mohd Noah; Wanita Pertama Zambia, Thandiwe Banda dan isteri Perdana Menteri Pakistan, Begum Fouzia Yousaf Raza Gillani.

Terdahulu, dalam ucapannya Muhyiddin bersetuju peringkat usia bawah lima tahun amat penting bagi pembangunan seorang kanak-kanak.

Sambil mengucapkan tahniah kepada Rosmah di atas komitmennya terhadap Permata Negara, beliau berkata, kajian terbaru Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (Unesco) bersama Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) mendapati Malaysia mencapai peningkatan dalam memastikan pendidikan diterima semua golongan.

Katanya, kajian di seluruh dunia mendapati Malaysia tergolong antara negara yang mencapai kadar enrolmen dan melanjutkan pengajian tertinggi, selain mempunyai sumber pendidikan terbaik sehingga menjadi antara 56 negara tertinggi dalam Indeks Pembangunan Pendidikan.





“Kita juga tidak mengamalkan diskriminasi jantina kerana lelaki dan wanita mempunyai peluang sama rata dalam pendidikan,” latanya.