Friday, June 5, 2009

Mengibadatkan kerja

MANUSIA digalakkan bekerja untuk mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga. Pekerjaan yang dilakukan seharusnya dijadikan ibadah yang mendapat pahala di sisi Allah s.w.t.

Pekerjaan dalam pengertian luas meliputi semua bentuk usaha dilakukan manusia sama ada dengan tenaga mahupun fikiran, sama ada berkaitan masalah keduniaan atau keakhiratan.

Sehubungan itu, al-Quran banyak menyebutkan akidah dan iman dikaitkan dengan ayat mengenai kerja. Allah berfirman yang bermaksud, “Sesiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” (An-Nahl: 97)

Oleh itu, kerja yang dilakukan dengan ikhlas, amal soleh dan dalam keadaan beriman kepada Allah dianggap ibadah yang mendapat pahala disisi-Nya.Setiap kerja atau pekerjaan dilakukan mestilah kerja yang halal di sisi-Nya kerana hasilnya akan menjadi rezeki dan darah daging sendiri serta ahli keluarga.


Sesungguhnya, Allah mengingatkan dalam firman-Nya yang bermaksud, “Sesiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan sesiapa mengerjakan amal soleh, baik lelaki, mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman, maka ia akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa hisab.” (Al- Mu’min: 40)

Konsep dan amalan kerja sebagai ibadah sudah lama diterapkan dalam sektor perkhidmatan awam dan swasta di negara ini dan menjadi amalan yang baik.

Dalam hal ini, perbuatan tidak baik dalam pekerjaan seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, cuai, ponteng, malas, penyelewengan, tidak menepati masa dan tidak berkerja bersungguh-sungguh mesti dielakkan.

Ingatlah peringatan Allah yang bermaksud, “Sesungguhnya (pengetahuan) Tuhanku, meliputi apa yang kamu kerjakan.” (Huud: 92).

Allah seterusnya memberi peringatan yang bermaksud, “… Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.” (Al-Araaf: 180)

Dalam membina kebahagiaan hidup, penting difahani konsep kerja sebagai ibadah. Jika seseorang bekerja bersungguh-sungguh, taat, rajin dan jujur, rezeki yang diperoleh mendapat keberkatan.

Keberkatan di sini bermaksud, walaupun rezeki itu sedikit ia sentiasa cukup untuk menyara kehidupan.

Jadilah orang yang lembut hatinya, rajin bekerja untuk kebahagiaan dunia dan akhirat serta jiwanya lebih dekat kepada Allah dalam melaksanakan apa juga tugas yang diamanahkan.

Daripada Ubai bin Ka’ab r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud, “Berilah khabar gembira kepada umat ini dengan keagungan, ketinggian, kemenangan dan kekuasaan di bumi. Sesiapa yang mengamalkan amalan akhirat kerana dunia, ia tidak mendapat bahagian (ganjaran baik) di akhirat.” (Riwayat Ahmad dan al-Hakim)

Amalan pekerjaan yang baik dilakukan dengan ikhlas kerana Allah di dunia akan mendapat ganjaran setimpal di akhirat. Jadikanlah amalan di dunia untuk kebaikan di akhirat.

Khalifah Umar al-Kattab pernah menyatakan, “Andai kata aku mati di antara kedua kakiku yang bekerja mencari anugerah Allah s.w.t adalah lebih aku sukai daripada aku mati atau terbunuh sebagai mujahid fisabillah.”

Dengan hal demikian, khalifah Umar bersabar pada ungkapan al-Quran mengenai kerja dan mencari rezeki di samping berjihad dan berperang di jalan Allah sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran yang bermaksud; “…Dia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang yang sakit dan orang yang berjalan di muka bumi mencari sebahagian kurnia Allah dan orang lain yang berperang di jalan Allah…” (Al-Muzzamil: 20)

Islam sangat menggalakkan pekerjaan yang halal. Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Mencari rezeki halal adalah wajib selepas menunaikan yang diwajibkan.” (Riwayat Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)

Jelaslah, untuk memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan bekerja. Setiap kerja yang baik dan mengandungi kebaikan memberi faedah kepada orang ramai hingga Rasulullah menyifatkan mukmin sebenar adalah yang perkataan dan perbuatannya memberi faedah kepada orang lain.

Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah mencintai salah seorang di antara kamu yang melakukan sesuatu pekerjaan dengan baik (tekun).” (Riwayat Al-Baihaqi)

Sifat amanah dalam tugas dan pekerjaan amat penting. Rasulullah adalah teladan unggul yang melakukan kerja secara berhati-hati, amanah dan berakhlak.

Islam menyeru agar umatnya bekerja dengan tekun dan bersemangat, hingga majikan akan memperoleh faedah dan keuntungan daripada hasil kerjanya. Islam tidak memandang pekerjaan, tetapi hasilnya mestilah baik dan halal.

Dasar utama dalam pekerjaan adalah bertakwa untuk mencari keredaan Allah.

Apapun bentuk dan jenis pekerjaan, takwa adalah petunjuknya. Memisahkan kerja dengan iman bererti menyingkirkan Islam daripada kehidupan dan membiarkan kerja mengikut kemahuan dan kebebasan hawa nafsu.

Kesimpulannya, lakukanlah apa jua pekerjaan halal yang disertai dengan iman dan takwa bagi memastikan ia menjurus kepada ibadah bagi mempertingkatkan peradaban manusia, khususnya umat Islam.

sumber: berita harian

Wednesday, June 3, 2009

بسم الله الرحمن الرحيم

subahanallah....alhamdulillah....allahu akbar....
dah lama sangat nak update blog, tapi tak berkesempatan,alhamdulillah pengajian short sem ni banyak menduga aku dan sahabat2 yang lain. rata- rata merasakan terlalu tersiksa dengan short sem. siapa yang sanggup amik kalau dah cuti tiga bulan,semestinya bercuti di kampung dan bersama keluarga lebih indah dan membahagiakan.pengalaman ber'short sem' dulu banyak menguji aku.mana taknya, nak isi masa yang hanya tujuh minggu sahaja masa 'lecture'nya, tak berapa larat. bukan sebab bebanan subjek, tapi bebanan masa yang dihabiskan untuk 2-3 subjek yang memakan masa hampir 3-4 jam kredit sehari. takpelah demi sebuah tuntutan, ku perjuangankan cuti itu. lagipun tak terasa sangat kekosongan itu.

aku berkesempatan balik rumah 2-3 hari lepas. sempatlah aku menyambut perayaan hari guru di sekolah dengan adik2 dan sahabat2.....ya Allah seronoknya.janji dengan che as,niah, noma,miza,fahe,sarah,che kha and ramai lagi tapi masing2 ada masyaqqah tersendiri...tapi, Alhamdulillah sarah, che as dan noma setuju untuk ke sekolah. RIIIN..DUUU SANGAT. rindu nak balik alam sekolah.rindukan sahabat2, rindukan cikgu2 yang banyak mendidik diri ini menjadi manusia walaupun terpaksa korbankan masa mereka.ya Allah bagaimana rasanya apabila aku bergelar insan tersebut.adakah aku mampu untuk memikul amanah yang dipertanggungjawabkan ke bahuku ini. cabaran getir seorang guru menempuh dan mengharungi onak duri perjuangan dalam mendidik dan mentarbiyyah generasi masa hadapan yang semakin lari dan tersasar dari panduan hidup islam yang sebenar. Ya Allah permudahkan segala urusanku. permudahkan segala gerak kerjaku.ikhlaskan niatku dalam mendidik jiwa2 muda ini ya Allah.thabatkanlah kakiku ini andainya aku jatuh atau tewas dalam menawan arus kehidupan ini.

teringat masa aku kena handle program hari guru 2006, kelam kabut rasanya. pertama kali handle program besar yang melibatkan guru2 dan pelajar2. bila aku tengok adik- adik MP generasi yang ke 5 ni handle program,rasa tercabar. KENAPA??? sebabnya masa aku handle dulu aku dah tingkatan 6 dan bakal meninggalkan sekolah. tapi,tak dapat nak perform dengan baik. adik- adik mp ni(yakni adik aku sendiri) baru je tingkatan 5. they try to do best for that celeberation. tak pe lah, belajar awal- awal, nanti tak malu dan tak segan untuk perform depan audience. tapi satu yang aku takkan lupa sampai bila- bila, sahabat2 yang banyak bantu aku dan bagi support untuk aku teruskan majlis. sahabat2 sanggup bersengkang mata demi untuk menyiapkan persiapan akhir untuk majlis esoknya...TERIMA KASIH SAHABAT....

em, aku sempat jumpa mudir, cg al-azmi,us luq,cg rahama & ramai lagi. tak terhitung rasanya.mudir aku sorang ni tak ubah2 dari dulu, suka menyakat.ada je modal untuk sakat orang.tak pe kena sakat pun, aku tetap sayang. siapa tak sayang cikgu, betul tak??? apa2 pun buatmu warga pendidik Maahad Saniah,
ku doakan moga kalian diberkati dan dirahmati,diberi kesejahteraan hidup dan kebarakahan ilmu yang disampaikan agar ia mampu memanfaatkanku dan juga generasi pewaris bangsa yang bakal memimpin dunia.


BUATMU GURU2KU SAYANG, SELAMAT HARI GURU