Saturday, November 8, 2008

Apakah Penganiayaan Simbolik?

'Symbolic Violence' adalah istilah yang diperkenalkan oleh Pierre Bourdieu (Alexander M. Sidorkin, 2007).
Ianya merupakan ciri yang mempunyai hubung kait dengan 'habitus' dan 'modal budaya'.

*Habitus: Cara bagaimana budaya terkandung dalam diri seseorang individu.
*Modal budaya: Sistem yang menanamkan nilai secara mendalam (pada individu) yang menentukan sikap terhadap institusi pendidikan.

Definisi
Penganiayaan: Perbuatan menganiayai, menyeksa, menindas (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005).
Simbolik: Berkaitan dengan lambang (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005).

Penindasan terhadap kelas pekerja atau kelas sosial lebih rendah oleh dominasi budaya (Amir Hasan Dawi, 2006).

Penindasan tidak mendatangkan kesan fizikal, tetapi menjejaskan peluang sosial.

Siapakah yang Menjadi Mangsa Penganiayaan Simbolik?
Kelas atau kumpulan lebih rendah terpaksa berhadapan dengan penganiayaan simbolik kerana mereka kekurangan modal budaya.
Dalam bidang pendidikan, penganiayaan secara simbolik berlaku apabila budaya kelas sosial atas lebih sesuai dalam amalan pendidikan di sekolah berbanding budaya kelas sosial bawah.

Persoalan...
Kenapa ada murid yang tidak tahu membaca?
atau gagal dalam peperiksaan?
Salah siapa?
Ibu bapa? masyarakat? rakan?
Ya...
Tetapi juga guru di sekolah..
kerana?
Penganiayaan simbolik.

Contoh Penganiayaan Simbolik dalam Bidang Pendidikan

Guru terhadap murid -->
Mengajar sekumpulan murid yang berlainan bidang, dan mengandaikan semua murid tahu apa yang diajarkan. Hakikatnya, ada di kalangan mereka yang tidak faham mata pelajaran yang diajarkan.
Membezakan murid yang cerdik dan lemah di dalam kelas.
Merendah-rendahkan keupayaan murid.
Tidak mengajar bersungguh-sungguh.
Terlalu berorientasi kepada akademik dan tidak mengambil kira keinginan murid.
Seseorang guru hanya mendera murid kerana perlakuan yang salah, tidak memuji terhadap penghasilan kerja yang cemerlang. Murid patuh semata-mata tetapi tidak bermotivasi mencapai kejayaan (Awang Had Salleh, 1985).

Penyelesaian Masalah

Tidak mengumpulkan murid di dalam kelas mengikut pencapaian akademik.
Pendidik bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara.
Pendidik harus berbincang sesama mereka sebelum membuat sesuatu soalan ujian atau peperiksaan agar ia menjadi tersusun dan mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.

Renungan

Secara umumnya, masyarakat lebih menyalahkan kekerasan dan penganiayaan fizikal yang berlaku tetapi kurang menyedari kesan penganiayaan simbolik yang memberi kesan kepada masa depan mangsa.
Rujukan

Alexander M. Sidorkin, Professor and Director, School of Teacher Education, University of Northern Colorado. http://sidorkin.blogspot.com/2007/02/symbolic-violence.html
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Edisi Ketiga. Perak: Quantum Books.
Noresah Baharom dll. 2005. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KONPEN. 1985. Pendidikan dalam Pemikiran Awang Had Salleh. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohd Salleh Lebar. 2007. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Cet. Ketiga. Selangor: Thinker's Library Sdn Bhd.
# Alhamdulillah, telah selamat dibentangkan di kelas Prof Madya Dr Amir Hasan Dawi pada 16 September 2008, jam 3:35 petang :-)

Thursday, November 6, 2008

sepucuk surat daripada seorang mak kepada anaknya diperantauan




Assalamualaikum
buat anak mak...
semoga sihat sentiasa..
surat ringkas ni mak tulih untuk anakanda,
mudah-mudahan tenang dan bersedia menunggu hari peperiksaan tiba...
anak mak..
kalau anak mak mengeluh penat balik dari kuliah...
tu hanya setitik dari peluh ayah...
dibakar bawah bahang matahari ditengah sawah...
tak sama lenguh tangan mak dok toreh getah...
anak mak..
duit yang orang pernah sedekah,
kalau masih ada,gunalah untuk beli benda yg faedah...
kita bukan orang senang,kita orang susah..
ayah nak beli lauk pun payah...
ayam kita tak bela,lembu takdak orang nak pawah... takpala,kalau
terpaksa makan nasi dgn garam pun kami tak kisah...
bersyukurla jugak,ada juga rezeki dari Allah...
anak mak..
ingat dak masa anak mak nak pi mesir dulu...?
saja la mak takmau habaq kot-kot anak mak rasa malu...
ayah terpaksa hutang dulu duit tok penghulu...
masa tu, tak tau dah kat sapa kami nak tuju...
la ni mak tengah bayaq sikit-sikit duit untung juai baulu...
tahun sudah..
anak mak pernah habaq tak lulus periksa...
mak rasa sebak sangat,dah taktau nak kata apa-apa...
jumpa orang kampung depa selalu dok tanya...
sampai ayah pun rasa malu nak tunjuk muka...
tapi kami tetap yakin pada ketentuan Allah taala...
semua yg berlaku tu ada hikmahnya...
supaya kita perbetui kesilapan,tingkatka n lagi usaha...
anak mak..
baru-baru ni mak terjatuh tangga...
mata mak tiba-tiba jadi kelam tak nampak apa-apa...
ayah bawak pi hospital,doktor kata mak kena darah tinggi tahap
bahaya...
doktor tahan mak kat wad,tapi mak berkeras nak balik juga...
dah jadi keadaan macam tu,dia pesan suruh makan ubat,jaga makan minum
dan jangan buat banyak kerja...
tapi kalau mak tak buat,sapa nak hantaq duit kat anak mak disana...?
mak kena jugak buat kerja...
kalau Allah 'panggil' pun,mak redha...
sekurang-kurangnya,
rezeki untuk anak-anak mak sentiasa ada...
kalau nanti mak dah takdak dah..
harap-harap dalam kuboq mak nanti selalu cerah...
berkat anak mak dok sedekah doa dan fatihah...
ngajilah rajin-rajin nak,habis nanti boleh jadi pendakwah...
dak pun jadi peguam syariah,hakim bertauliah.. .
jadi ustaz ustazah pun takpa dah...
takmaula ikut macam kami tiap-tiap hari kena toreh getah...
baju basah dengan peluh semata-mata cari upah...
anak mak,
periksa pun dah tak berapa hari...
pulunla nak,jangan risau kami disini...
InsyaAllah,pandai- pandailah mak dan ayah jaga diri...
mak pun tak boleh tulih panjang-panjang lagi...
kena tidoq awai esok nak pi cari rezeki...
nak kena buat kuih untuk adik-adik nak pi ngaji...
ayaqmata ni dok meleleh kat pipi tak mau nak berenti...
ada rahsia Allah jadikan ayaqmata dan peluh jernih,
nak ajaq manusia tak mudah mengalah kalau rasa letih...
tak mudah putus asa kalau hati tengah sedih...
usahalah setakat mana yang boleh,
mak minta diri dulu..
jaga diri ditempat orang,Assalamualaik um.

++++++++++++ +++++++++ +++++++++ +++++++++

~sedih sungguh ana baca surat ni..
tapi surat ni la memberi pengajaran dan semangat pada ana,
hmmm, sama2 la kita renungkan...