Wednesday, September 17, 2008

layar keinsafan

Cerita ini mengisahkan tentang…………

Hawa seorang gadis yang cantik.Penuh dengan kesopanan dan kaya dengan budi bahasa.Lembut kakinya menghayun langkah mengambarkan dia seorang muslimah.Tutur katanya penuh berhikmah.Hawa bangga ,menjadikan Rabiatul Adawiyah dan Siti Khadijah sebagai qudwah.Dia tidak pernah tertinggal dalam mengikuti catatan hidup serikandi sejati itu.Di dalam pelajaran pula,dia tidak pernah kalah.Malah sentiasa tabah dalam menuntut ilmu itu.Hidupnya berlandaskan syariat dan berpandukan Al-Quran dan Sunnah,ternyata dia permata idaman solehah.

Adam pula seorang lelaki yang hidupnya kaya dengan nilai-nilai islam dan iman.Disebalik ketampanannya,dia merupakan seorang yang pintar,menjadi idola para pelajar kerana dia bukan sahaja berjaya dalam pelajaran dan ko-kurikulum malah mantap dengan nilai kepimpinan dalam diri.

Adam dan Hawa tidak pernah mengenali antara satu sama lain.Tapi suatu hari,tanpa dirancang,pertemuan Adam dan Hawa bermula dengan satu insiden.Pertemuan inilah yang membawa kepada terjalinnya sebuah ikatan…..

Dalam keadaan kalut Adam menyusun buku-bukunya.Asyraf yang dari tadi menunggu Adam di luar perpustakaan hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil melihat jam tangannya.

Dalam masa yang sama,Hawa sedang menuju ke perpustakaan.Tiba-tiba Adam terlanggar Hawa dan buku-buku semuanya jatuh bertaburan.

Adam :Ops,maafkan saya saudari,saya tak sengaja.

(Adam mengutip buku-buku yang bertaburan manakala Hawa diam seribu bahasa).Adam memberikan buku-buku Hawa yang bertaburan tadi dan alangkah terpegunnya Adam apabila dia melihat wajah Hawa yang cantik,tenang dan ayu.Hawa mengambil buku tersebut dan mengucapkan terima kasih lalu menghilang dicelahan pelajar-pelajar lain.Mata Adam mengekori kelibat Hawa sehingga hilang dari pandangan.Kemudiannya dia cepat-cepat beristigfar.

Adam :Astaghfirullahalazim……

(Dalam waktu itu,syaitan memainkan peranan berbisik supaya Adam terus memerhatikan Hawa.Malaikat pula segera bisikkan peringatan di telinga Adam.Kecewa syaitan kerana malaikat berjaya mengingtkan Adam supaya beristighfar)

Dalam kelas,Adam sedang termenung mengingatkan peristiwa semalam.kemudian datanglah Asyraf lalu menyapa Adam yang sedang termenung.

Asyraf :Adam jadi tak study group kita petang ni?

(Asyraf pelik dengan sikap Adam hari ini.Biasanya Adamlah yang banyak bercakap).

Asyraf :Hoi Adam .Kenapa dengan kau ni.Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?
Adam :A…A..pa Asyraf ? Kau cakap apa tadi,aku tak dengarlah.
Asyraf :Tulah kau aku ni macam orang gila pulak,cakap sorang- sorang.Ha,apa kes ngan kau ni,aku tengok macam orang mati bini je.
Adam :Entahlah Asyraf,aku serba salah .Nak cakap salah,tak cakap pun salah.Tapi kalau aku cakap kau mesti ketawakan aku.
Asyraf :Pelik je aku dengar.Okey-okey….cakaplah aku janji takkan ketawakan kau
Adam :Begini semalam masa aku nak keluar dari perpustakaan aku terlanggar seorang budak perempuan.
Asyraf :Aku dah agak dah.Ni mesti….mesti apa ye.
Adam :Eee…..kau ni memang la.Aku baru nak citer,kau dah menyampuk.Kalau macam ni tak payah citer la.(sambil berlalu)
Asyraf :Hei,Adam tunggu aku la.(sambil mengejar Adam)



Adam dan Asyraf menuju ke bilik guru dan melintasi kantin.Pada waktu itu ialah waktu rehat bagi pelajar perempuan.Hawa bersama rakannya sedang duduk dibangku kantin tidak menyedari Adam yang melalui kawasan kantin.Adam terpandangkan Hawa,lantas mencuit bahu Asyraf yang berada disebelahnya.

Adam :Asyraf,tulah budak perempuan yang aku terlanggar semalam.
Asyraf :Patutla aku tengok kau ni macam kera kena belacan.Rupanya ada bunga kat sebelah sana.
Adam :Dah-dah ,kata nak pergi bilik guru.

(Mereka berdua berlalu pergi menuju ke bilik guru)


Hawa bersama rakan-rakannya

Yana :Hei,korang tau tak pelajar sekolah kita menang dalam pertandingan syarahan bahasa arab,peringkat negeri.
Nani :Eh,sape hah?
Yana :Sape lagi kalau bukan Adam ,anak Dato’ Baharuddin.Budak tu,dah la baik,kacak,kaya bijak pulak tu…Eee..kalau aku dapat…bahagianya hidup.
Hawa :Eee..korang ni tak de keje lain ke,asyik dok citer pasal Adam jer,dah naik muak aku.
Nani :Kau ni Hawa,ape la.Kita orang cakap pasal kejayaan dia bukannya mengumpat kat dia..Apa-apa pun cepat lah habiskan makanan ni,loceng dah nak berbunyi ni.

(Hawa hanya tersenyum penuh makna).

Dalam masa yang sama,Adam sibuk menanyakan tentang budak perempuan yang dilanggarnya tempoh hari.

Adam :Asyraf,kau boleh tolong aku tak?
Asyraf :Apa dia.
Adam :Eh,kau tahu tak siapa nama budak perempuan tu?
Asyraf :Budak perempuan mana ni?
Adam :Alah,budak perempuan yang aku citer kat kau hari tu.
Asyraf :Oh,budak tu,kenapa?
Adam :Entahlah,setiap hari aku teringatkan dia.Kalau boleh,aku nak kenal dia dengan lebih rapat lagi.Boleh tak kau dapatkan maklumat tentangnya.Aku tak kisah maklumat apa pun yang kau dapat,janji aku dapat berhubung dengannya

Hawa sedang mengulangkaji pelajaran,tiba-tiba handfonnya berbunyi.Lalu Hawa menjawab panggilan tersebut.

Hawa :Assalamualaikum…

(Adam menyepi dihujung talian)

Hawa :Hello,sape di sana tu.

(Adam mematikan handfonnya sebaik sahaja mendengar suara Hawa.Sejak hari itu,Adam kerap kali menelefon Hawa tapi dia masih lagi tidak mampu bersuara untuk meluahkan apa yang terbbuku di hatinya.Hatinya diburu kebimbangan seandainya panggilannya tidak akan dilayan oleh Hawa)

Tut…tut..tut.. Hawa menerima satu masej,lalu mencapai handfonnya dan membaca masej tersebut..

MASEJ

Hawa,bila daku melihat dirimu tersenyum ternyata senyum itu sungguh istimewa,bukan untuk diberikan kepada orang lain tapi diberikan kepada insane yang terlalu istimewa buatmu.Kunantikan senyuman istimewa darimu.-ADAM-

Entah mengapa hati Hawa berdebar-debar tatkala membaca masej tersebut.Namun,Hawa masih teragak-agak untuk membalas masej tersebut.Tapi segala persoalan yang bermain dibenaknya selama ini tentang pemanggil misteri itu terjawab jua akhirnya.Hawa hanya tersenyum sendiri.

Bermula dari situ,maka terjalinlah satu perhubungan tanpa dirancang antara Adam dan Hawa.

Syaitan terus mengatur strateginya untuk memperdayakan Adam dan Hawa .Malaikat pula terus ingin mempertahankan Adam dan Hawa dari perangkap syaitan durjana.

Hawa menerima masej daripada Adam untuk berjumpa pada sebelah petangnya.Hati Hawa berbunga keriangan.Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh syaitan untuk melaksanakan misinya.

Tibalah masa yang dijanjikan oleh Adam dan Hawa .Syaitan pula bersedia dengan ‘senjatanya’.Mereka bertemu di Taman Bunga Seri Permata,dimana disitulah ramai muda-mudi mengungkapkan kata-kata cinta dan melepaskan rindu dan maksiat bermaharajalela.Taman Bunga yang dibina sebagai tempat untuk berekreasi dan menikmati kecantikan flora itu telah terkenal dengan ‘Taman Maksiat’.

Lagak gaya Adam dan Hawa seperti muda-mudi yang tengah hanyut dalam mainan cinta sehinggakan mereka tanpa segan silu berpegangan tangan walaupun pada mulanya mereka berasa kekok untuk melakukan perkara tersebut,namun kini mereka lupa akan batas pergaulan yang disyariatkan oleh agama.Inikah kehidupan seorang remaja muslim???????????


Suatu hari,Adam dan Hawa berjanji untuk bertemu di rumah Adam.Alasan mereka adalah untuk belajar bahasa arab memandangkan Adam amat mahir dalam mata pelajaran tersebut.Ibu bapa Adam menerima kehadiran Hawa dengan senang hati.Mereka berbincang dengan rancak tanpa menyedari kehadiran ibu bapa Adam dari belakang.

Ayah Adam :Dam,ayah dan ibu nak keluar ni.
Adam :Nak kemana yah.
Ayah Adam :Rumah Datuk Hashim.Anak dia kahwin hari ni.
Adam :Ooo…….
Ibu Adam :Haa,Hawa, kamu duduklah.Mak cik pergi kejap je.Kamu buatlah macam rumah sendiri ye.Kami pergi dulu ye,Assalamualaikum…
Hawa :Terima kasih pak cik ,mak cik.




Suasanan sepi seketika.Tiada lagi perbincangan yang rancak seperti tadi.Adam merenung tepat ke dalam mata Hawa.Hawa kalah dengan tenungan Adam.Perlahan-lahan Adam memegang tangan Hawa seerat-eratnya.

Tanpa diduga dan bukan atas kemahuan hati nurani mereka sebenarnya,tetapi disebabkan nafsu yang merajai diri,Adam dan Hawa tewas dalam gelora nafsu.Mereka terlanjur melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama.Tatkala itu syaitan bersorak keriangan kerana misinya selama ini berjaya dan berjalan lancar.Bisikan-bisikan yang baik tenggelam ditimbus godaan syaitan.Syaitan berjaya menumpaskan iman Adam dan Hawa.

Setibanya Hawa di rumah,dia bergegas menuju ke biliknya.Dia tersenyum sendiri apabila mengenangkan janji Adam terhadapnya.Walaupun telah kehilangan kesucian dirinya,tapi dia bangga kerana dia mampu membuktikan kesetiaan cintanya terhadap Adam dan sekaligus menjadi lambang cinta mereka.

Namun kegembiraan Hawa tidak berkekalan.Adam tidak lagi menghubungi Hawa selepas peristiwa tersebut.sering kali Hawa tercari-cari wajah Adam yang amat dirinduinya.Hatinya diburu kebimbangan kerana dia merasakan Adam semakin menjauhkan diri daripadanya.

Hawa sering termenung dan lebih suka mengasingkan dirinya daripada kawan-kawannya.Keadaan ini menimbulkan tanda Tanya dalam fikiran Yana dan Nani.

Suatu hari ,Yana dan Nani ternampak Hawa sedang bersendirian di dalam kelas.Dia tidak menyedari kehadiran mereka berdua.

Nani :Hawa,kenapa dengan awak ni,termenung aje saya tengok.
Yana :Betul kata Nani tu.Sejak kebelakangan ni saya tengok awak sering termenung dan tidak seperti dulu la.Dalam kelas saya tengok awak tidak menumpukan sepenuh perhatian awak terhadap pelajaran.Awak ada masalah ke?Cuba bagitau kitaorang.
Hawa :Takdelah,saya tak de apa-apa masalah pun.Cuma tak sihat sikit.
Yani :Betul ke ni,atau awak gaduh dengan Adam ?

Nani :hah…sebut pasal Adam,dah lama saya tak nampak dia,dia ke mana ye???
Hawa :Entahlah,saya pun tak tahu…(hatinya tertanya-tanya tentang keadaan Adam sekarang)
*******************

Keesokan harinya,Asyraf datang menemui Hawa dan memberikan Hawa sesuatu.

Asyraf :Hawa,saya ada sesuatu nak bagi kat awak.
Hawa :Apa dia ?
Asyraf :Ni surat yang Adam minta saya bagi kat awak.Lagi satu,Adam akan melanjutkan pelajarannya ke Jordan tak lama lagi.
Hawa :Ye ke.Awak macam mana Asyraf?
Asyraf :Saya dapat tawaran daripada Universiti Malaya dalam bidang Sains Senibina.
Hawa :Tahniahlah,Asyraf.Emm..terima kasihlah bagi surat ni.

(Hawa kecewa dengan sikap Adam.Sampai hati Adam tidak memberitahunya bahawa dia akan ke Jordan).

Hawa membuka sampul surat berwarna biru muda dengan berhati-hati.Hatinya berdebar dalam menanti ungkapan bait warkah yang dikirim oleh Adam itu.


Assalamualaikum …………

Buat insan tercinta HAWA,

Pertama sekali,sewaktu Hawa membaca warkah Adam ini,Adam harap Hawa dalam keadaan sihat walafiat.Adam menyusun 10 jari kemaafan kiranya kedatangan warkah ini mengganggu ketenangan Hawa….

Hawa,
Adam berharap agar segala kenangan kita bersama biarlah ia kekal sebagai kenangan.Biarlah hubungan kita berakhir di sini sahaja….

Hawa,
Adam bukanlah seorang insan yang kuat,yang dapat menangkis segala dugaan dan rintangan.Adam hanya seorang insan yang lemah.Adam belum lagi menjadi mujahid yang tegak mempertahankan iman dalam diri.Adam tewas dalam kemelut ini…..

Hawa,
Kita lupakan apa yang berlaku.Kita sama-sama menebus dosa-dosa dan kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan dan janganlah kita mengulanginya lagi.Kita kembali kepada Allah,kerana Dialah yang berhak atas segalanya….

Buat akhir kalinya,
Sekali lagi Adam menyusun jari memohon kemaafan atas apa yang berlaku.Ingatlah,hidup,mati,jodoh dan pertemuan semuanya ditentu Allah.Anggaplah Adam tak pernah wujud dalam hidup Hawa………..


-Maafkan Adam,Hawa.-

SALAM AKHIR,
-ADAM-


Hawa tidak dapat menahan sebak di dada.Manik-manik jernih keluar tanpa dapat ditahan.Dia pasrah bahawa pertemuan ini bukan miliknya dan Adam.Tergamak Adam meninggalkannya tergapai-gapai mencari sinar


Terima kasihAdam atas segalanya……….
(Bisik Hawa perlahan walaupunn hatinya begitu kecewa)



Hawa semakin takut.Takut mengenangkan noda silam.Adam telah pergi meninggalkannya.Tiada lagi kehebatan cinta yang diagung-agungkan.Semuanya telah terkubur sebagai sejarah hitam dalam hidupnya.Dia amat menyesal dan menginsafi segala yang telah berlaku.Dia nekad tidak akan mengulangi coretan mazmumah yang pernah terlakar dalam diari hidupnya.



Tika dinihari,Hawa terjaga.Mindanya dibayangi segala peristiwa yang telah tertinta.Air jernih keluar dari kelopak mata yang menyimpan pelbagai rahsia dan bias mengungkapkan pelbagai peristiwa.Kesejukan angin malam yang mengcengkam tidak dihiraukan.Lantas dia mengambil wudu’ dan bersembah sujud kepada Ilahi.Kedua tangan diangkat memohon maghfirah daripadanya.Air matanya tumpah lagi.Namun dia pasti air mata yang tumpah ini adalah kerana dia menginsafi dan juga kerana Ilahi,tuhan Rabbul Izzati.Hawa layarkan rasa keinsafan tika dinginnya pagi yang tulus datang dari sekeping hati…………
















Sekian …………......