Saturday, November 8, 2008

Apakah Penganiayaan Simbolik?

'Symbolic Violence' adalah istilah yang diperkenalkan oleh Pierre Bourdieu (Alexander M. Sidorkin, 2007).
Ianya merupakan ciri yang mempunyai hubung kait dengan 'habitus' dan 'modal budaya'.

*Habitus: Cara bagaimana budaya terkandung dalam diri seseorang individu.
*Modal budaya: Sistem yang menanamkan nilai secara mendalam (pada individu) yang menentukan sikap terhadap institusi pendidikan.

Definisi
Penganiayaan: Perbuatan menganiayai, menyeksa, menindas (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005).
Simbolik: Berkaitan dengan lambang (Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005).

Penindasan terhadap kelas pekerja atau kelas sosial lebih rendah oleh dominasi budaya (Amir Hasan Dawi, 2006).

Penindasan tidak mendatangkan kesan fizikal, tetapi menjejaskan peluang sosial.

Siapakah yang Menjadi Mangsa Penganiayaan Simbolik?
Kelas atau kumpulan lebih rendah terpaksa berhadapan dengan penganiayaan simbolik kerana mereka kekurangan modal budaya.
Dalam bidang pendidikan, penganiayaan secara simbolik berlaku apabila budaya kelas sosial atas lebih sesuai dalam amalan pendidikan di sekolah berbanding budaya kelas sosial bawah.

Persoalan...
Kenapa ada murid yang tidak tahu membaca?
atau gagal dalam peperiksaan?
Salah siapa?
Ibu bapa? masyarakat? rakan?
Ya...
Tetapi juga guru di sekolah..
kerana?
Penganiayaan simbolik.

Contoh Penganiayaan Simbolik dalam Bidang Pendidikan

Guru terhadap murid -->
Mengajar sekumpulan murid yang berlainan bidang, dan mengandaikan semua murid tahu apa yang diajarkan. Hakikatnya, ada di kalangan mereka yang tidak faham mata pelajaran yang diajarkan.
Membezakan murid yang cerdik dan lemah di dalam kelas.
Merendah-rendahkan keupayaan murid.
Tidak mengajar bersungguh-sungguh.
Terlalu berorientasi kepada akademik dan tidak mengambil kira keinginan murid.
Seseorang guru hanya mendera murid kerana perlakuan yang salah, tidak memuji terhadap penghasilan kerja yang cemerlang. Murid patuh semata-mata tetapi tidak bermotivasi mencapai kejayaan (Awang Had Salleh, 1985).

Penyelesaian Masalah

Tidak mengumpulkan murid di dalam kelas mengikut pencapaian akademik.
Pendidik bertindak sebagai pembimbing dan pemudah cara.
Pendidik harus berbincang sesama mereka sebelum membuat sesuatu soalan ujian atau peperiksaan agar ia menjadi tersusun dan mencapai tahap kualiti yang dikehendaki.

Renungan

Secara umumnya, masyarakat lebih menyalahkan kekerasan dan penganiayaan fizikal yang berlaku tetapi kurang menyedari kesan penganiayaan simbolik yang memberi kesan kepada masa depan mangsa.
Rujukan

Alexander M. Sidorkin, Professor and Director, School of Teacher Education, University of Northern Colorado. http://sidorkin.blogspot.com/2007/02/symbolic-violence.html
Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi dan Pendidikan, Edisi Ketiga. Perak: Quantum Books.
Noresah Baharom dll. 2005. Kamus Dewan, Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
KONPEN. 1985. Pendidikan dalam Pemikiran Awang Had Salleh. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Mohd Salleh Lebar. 2007. Pengenalan Ringkas Sosiologi Sekolah dan Pendidikan, Cet. Ketiga. Selangor: Thinker's Library Sdn Bhd.
# Alhamdulillah, telah selamat dibentangkan di kelas Prof Madya Dr Amir Hasan Dawi pada 16 September 2008, jam 3:35 petang :-)

2 comments:

ibnuadnan said...

mcm pernah ku lihat..tp dimana ya? hee..moga bermanfaat

ibnuadnan said...

http://ibnuadnan.blogspot.com/2008/09/penganiayaan-simbolik.html